Thursday 16 February 2012

mana ade nak tunang..ishh.. :) (Artikel dari Era.Fm)

Aril Akan Bertunang?

 Oleh Izzat Ismail

aril2.png

Selepas abang yang tersayang Izwan Pilus pergi menghadap Ilahi, Aril dilihat lebih tabah dan mula menjalani kehidupan seperti biasa. Sudah tentu sebagai anak lelaki di dalam keluarga, dia kini harus lebih memikirkan masa depan yang mampu membawa kebahagian bukan saja pada dirinya saja tetapi keluarga khususnya kepada ibunya. Walaupun begitu, baru-baru ini penyanyi AF7 tersebut mengakui kesalahannya apabila pernah merakamkan gambar ketika dia sedang memegang sebentuk cincin seolah olah akan bertunang dalam masa yang terdekat.

Gambar yang telah tersebar di Internet pada hari Khamis lepas juga telah menyebabkan pihak media segera menghubungi Aril untuk mengetahui samada perkara tersebut benar ataupun tidak. Aril menjelaskan perkara tersebut adalah tidak benar dan memang dia ada ke kedai cincin tetapi sekadar mahu melihatnya sahaja sambil bercadang untuk membelikan cincin tersebut buat ibunya yang tersayang kelak.

aril1.png

Menyifatkan perkara berikut sebagai salah faham, Aril turut berseloroh memberitahu bagaimana dia hendak bertunang sedangkan dia masih lagi tidak mempunyai calon isteri. Walaupun begitu, Aril tidak menolak jika jodohnya telah sampai dan sebagai anak lelaki tunggal kini sudah pasti ibubapa serta ahli keluarga lain ingin melihat dia mendirikan rumah tangga secepat mungkin. Ditanya adakah dia sudah penat memikirkan pasangan hidup, Aril lebih senang menyerahkan perkara tersebut kepada ibunya kerana sebagai ibu sudah pasti lebih tahu apa yang terbaik buat anak-anaknya.

Aril memohon maaf diatas perkara yang telah berlaku sambil merendah diri menyifatkan itu merupakan kesilapan paling teruk pernah dibuatnya. Sebagai seorang public figure sudah pasti segala apa yang dirakamkan akan menjadi buah mulut orang ramai, apapun perkara yang baik seperti bertunang ini harus diteruskan dan semoga Aril berjumpa dengan bakal isterinya secepat mungkin.

1 comments:

cinta in said...

gud luck for #mania...

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews