Wednesday, 8 February 2012

Aril Kuatkan Semangat Terima Pemergian Izwan Pilus.

by Farahanim Rahim   
Foto oleh Hazieq SanatFoto oleh Hazieq Sanat

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Baik keluarga, mahupun sahabat handai serta para peminat turut sama merasa kehilangan penyanyi -pengacara, Izwan Pilus. Malah insan yang paling sedih adalah adiknya, penyanyi, Aril (AF7). Meneruskan hidup tanpa abang  yang sekaligus dianggap sebagai idola, hanya Tuhan yang tahu bertapa laranya jiwa jejaka berusia 27 tahun ini.

Tanggal 20 Januari  lalu, persada  hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar pemergian penyanyi-pengacara, Izwan Pilus, ke Rahmatullah  akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Sehingga kini, penyanyi  yang popular menerusi lagu Menatap Matamu itu memberitahu dia masih dalam keadaan tercari-cari haluan dan semangat untuk meneruskan hidup setelah kepermergiaan insan yang paling rapat dalam hidupnya.

Tidak dinafikan, tanggunggjawabnya besar yang dipikulnya kini sikit sebanyak memberi tekanan kepadanya. Pun begitu, dia tidak mahu terus melayan perasaan kerana sedar kalau ia berterusan, akan memberi kesan buruk pada dirinya.

“Dah 19 hari arwah pergi. Macam nilah saya. Sekarang saya dah jadi anak lelaki tunggal dalam keluarga. Mahu tak mahu, saya perlu teruskan hidup. Kalau saya terus bersedih, apatah lagi ibu bapa saya, mereka pasti lagi sedih”, kata Aril ketika di temui  di Hotel Hilton malam tadi. Dari apa yang di perhatikan, tenyata Aril  sedaya upaya menyembunyikan kesedihnya malah tubuhnya kelihatan susut.

“Beza umur kami enam tahun dan sebetulnya  sejak tujuh, lapan tahun ni kami baru betul-betul rapat.  Tambahan di Kuala lumpur ni kami tinggal bersama. Kalau dulu, misalnya dia outstation, saya tahu dua tiga hari lepas tu dia akan balik. Tapi sekarang… “,

“ Arwah seorang yang suka menyakat (bergurau). Kalau kat rumah tu memang saya selalu jadi mangsa dia. Tapi sekarang dah takder lagi orang nak sakat saya. Takder lagi orang nak kejutkan saya. Takder lagi orang nyanyi dalam bilik air. Takder lagi orang nak lipatkan baju saya. Takder lagi orang nak masak”,

Tambah Aril, dia bukan tidak menerima ketentuan Allah. Cuma buat masa ini dia masih lagi berat untuk menerima hakikat. Namun dia terpaksa memendam kesedihan itu kerana tidak tahu dengan siapa dia mahu berkongsi akan kenangan-kenangannya bersama arwah.
“Saya masih berat nak saya terima semua ini. Tapi saya tahu dia dah takder. Cuma yang penting sekarang, selain menyelesaikan beberapa perkara yang ditinggalkan arwah, saya juga sedang memikirkan apa yang perlu saya buat untuk masa depan saya”,

“Saya tak tahu nak kongsi perasaan sedih dan cerita dengan siapa tentang abang saya. Sebab, kawan-kawan yang rapat dengan arwah pun, mereka tentunya ada cerita dan kenangan masing-masing dengan arwah. Begitu juga dengan saya. Bila rasa sunyi tu, saya ada ajak kawan-kawan saya datang rumah

Jadi bila datang rasa rindu saya pada dia, apa yang saya buat, saya akan dengar lagu dia dan saya akan nyanyi . Saya cuba ingat semula habit dia, perangai dia, dengan cara itu saya pujuk hati saya. Dan kalau sunyi, saya ada juga ajak kawan-kawan saya datang rumah”, ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan mereka berdua sepatutnya mahu merakamkan lagu duet.  Jelas Aril, dia tetap mahu meneruskan niat arwah abangnya itu.

“Semasa hayatnya, arwah ada suruh saya buat lagu. Kami rancang nak berduet dan idea tu pun datangnya atas permintaan para peminat. Meskipun dia sudah tiada, lambat atau cepat, saya sendiri tetap akan rakamkan lagu tersebut. Buat masa ini, hanya melodinya saja yang baru siap. Lagu tu, more to Brit-Pop”, katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, selain bakal merakamkan lagu kolaborasinya bersama penyanyi, Altimet, Aril bakal sibuk dengan beberapa projek yang akan diatur oleh pihak pengurusannya iaitu Astro.

- mD



2 comments:

risyazura said...

insyaAllah u can do it... be strong.. kay

d_tieah said...

Bersabar ye.. Kuatkan semangat.. Abang ajammmmmmm mesti boleh..

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews