Monday 5 March 2012

Aril di Era.fm!

Hot Seats: Semangat Aril


ERA TV sempat menemubual salah seorang peserta Hot Seats Mania iaitu Aril AF7. Dia akan melakukan pembaharuan dalam persembahannya jika dia terpilih dalam Hot Seats Mania.

Apakah pembaharuan yang akan Aril lakukan? Jom, tengok video kat bawah ni. Mesti tengok sampai habis sebab Aril secara eksklusif menyanyikan beberapa baris lirik dari lagu yang pernah dinyanyikan oleh abang kesayangannya, Allahyarham Izwan Pilus...

credit untuk www.era.fm

Sunday 19 February 2012

Untuk Aril Lovers semua!

Assalamualaikum AL semua..okay kat sini aril nak mintak pendapat korang semua tau..apa yang korang boleh cadangkan untuk semua AL dan aril skali untuk kite buat macam gathering..mana la tau kot-kot cadangan korang tu nnt boleh aril considerkn nnt kan..cer korg bgtau sket..

Thursday 16 February 2012

Gym?!


Assalam..Percaya tak aril pegi gym semalam?haaa gmbr ni bukti aril pegi gym..lepasni kalau aril pegi gym,aril tgkp gmbr bnyk2..hehehehe..

ape la malang nasib..sob sob :-(

assalam..mcm yg korg sume tau smlm aril kene bahan teruk..haha..lpas kuar je artikel psl aril beli cincin tu..amboi..lg skali ditekankan disini..aril kene bahan teruk..hahahha..jgn risau ok..kalau dah sampai masa nnt..aril akan bgtau..aril belum ada perancangan lg nk tunang..cuma skang ni aril fokuskn karier aril dulu..


malang betul nasib..kt website keluar cite ni..kt hotfm pun keluar..amboi! amboi lagi! hahahah..


xpe..untuk Aril Lovers semua..dah sampai masa nanti aril akan bagitau..cuma aril mintak korg semua setia dgn aril and teruskan sokong aril okay?



mana ade nak tunang..ishh.. :) (Artikel dari Era.Fm)

Aril Akan Bertunang?

 Oleh Izzat Ismail

aril2.png

Selepas abang yang tersayang Izwan Pilus pergi menghadap Ilahi, Aril dilihat lebih tabah dan mula menjalani kehidupan seperti biasa. Sudah tentu sebagai anak lelaki di dalam keluarga, dia kini harus lebih memikirkan masa depan yang mampu membawa kebahagian bukan saja pada dirinya saja tetapi keluarga khususnya kepada ibunya. Walaupun begitu, baru-baru ini penyanyi AF7 tersebut mengakui kesalahannya apabila pernah merakamkan gambar ketika dia sedang memegang sebentuk cincin seolah olah akan bertunang dalam masa yang terdekat.

Gambar yang telah tersebar di Internet pada hari Khamis lepas juga telah menyebabkan pihak media segera menghubungi Aril untuk mengetahui samada perkara tersebut benar ataupun tidak. Aril menjelaskan perkara tersebut adalah tidak benar dan memang dia ada ke kedai cincin tetapi sekadar mahu melihatnya sahaja sambil bercadang untuk membelikan cincin tersebut buat ibunya yang tersayang kelak.

aril1.png

Menyifatkan perkara berikut sebagai salah faham, Aril turut berseloroh memberitahu bagaimana dia hendak bertunang sedangkan dia masih lagi tidak mempunyai calon isteri. Walaupun begitu, Aril tidak menolak jika jodohnya telah sampai dan sebagai anak lelaki tunggal kini sudah pasti ibubapa serta ahli keluarga lain ingin melihat dia mendirikan rumah tangga secepat mungkin. Ditanya adakah dia sudah penat memikirkan pasangan hidup, Aril lebih senang menyerahkan perkara tersebut kepada ibunya kerana sebagai ibu sudah pasti lebih tahu apa yang terbaik buat anak-anaknya.

Aril memohon maaf diatas perkara yang telah berlaku sambil merendah diri menyifatkan itu merupakan kesilapan paling teruk pernah dibuatnya. Sebagai seorang public figure sudah pasti segala apa yang dirakamkan akan menjadi buah mulut orang ramai, apapun perkara yang baik seperti bertunang ini harus diteruskan dan semoga Aril berjumpa dengan bakal isterinya secepat mungkin.

mana ade nak tunang... (Artikel dari ohbulan.com)

Kerana hendak bergurau, habis salah faham semua orang. Itulah yang berlaku pada Aril Pilus.
Khamis lepas, Aril yang sengaja memuat-naik sekeping gambar dia sedang memilih cincin telah menimbulkan spekulasi bahawa dia sudah merancang untuk bertunang. Namun kenyataannya di sebuah akhbar online tempatan,mStar, telah menjawab segala persoalan yang timbul dan mematikan spekulasi yang mengundang.
Dalam kenyataannya baru-baru ini, Aril menafikan bahawa dia membeli cincin itu, sebaliknya hanya sekadar dilihat untuk dibelikan buat ibunya.
“Memang saya ada menyimpan niat dan hasrat untuk bertunang tetapi bukan sekarang. Ia adalah dakwaan mengarut dan tidak berlaku pun. Saya hanya melihat cincin tersebut di kedai dan mempertimbangkan untuk membelinya sebagai simpanan bagi kegunaan pada masa akan datang.” dipetik dari mStar
Aril turut menafikan bahawa dia sudah mempunyai calon tunang dan memberitahu bahawa dia masih lagi tiada kekasih buat masa ini.
“Itu tidak bermakna saya hendak bertunang. Bagaimana pula saya hendak bertunang sebab tiada calon kekasih buat masa ini.”
Menjawab segala isu yang bermain di media dan peminat, Aril menyatakan rasa kesalnya yang sebenarnya hanya ingin bergurau bersama rakannya dengan memuat-naik gambar tersebut.
“Saya akui ini kesilapan paling dangkal yang saya pernah buat. Walhal, tujuan saya dan seorang kawan merakamkan gambar itu adalah untuk suka-suka sebagai simpanan saja. Tak sangka pula ia tersebar dan mencetuskan spekulasi begini. Jenuh juga saya hendak menjelaskan perkara sebenar. Saya harap semua pihak faham dengan penjelasan ini.” dipetik dari mStar
Jadi selepas ini, tiada lagi spekulasi mengenai isu Aril hendak bertunang. Namun jika benar, apa salahnya selepas ini Aril berkongsi dengan kita kan? Benda baik harus dikongsi-kongsi.

CIN.DIA.CIN (Artikel dari ohbulan.com)

Semalam, OHBULAN! ternampak sekeping gambar di akaun Twitter rasmi Aril AF atau pemilik nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus yang menunjukkan Aril sedang memilih cincin di sebuah kedai.
Gambar yang telah di-Instagram-kan itu diletakkan caption, “C I N . D I A . C I N” dan ini menimbulkan tanda tanya pada kami mengenai hubungan Aril dengan teman wanitanya.
Sejurus itu, kami segera menghubungi sumber terdekat kami dan terbukti apabila Aril sebenarnya sedang membeli cincin untuk memujuk kekasih lamanya. Dipercayai jika pujukannya berjaya, Aril merancang untuk bertunang dengan kekasihnya itu. Apa yang lebih menarik, menurut sumber, harga cincin tersebut dianggarkan melebihi RM4000. Bayangkan untuk memujuk sahaja sudah makan kos RM4000, belum lagi majlis pernikahan dan resepsi.
Apa pun, jika benar khabar angin bahawa Aril sudah mahu bertunang, maka tahniah lah ya. Semoga berkekalan hendaknya.

CIN.DIA.CIN click sini untuk baca kat website ohbulan ok?

Wednesday 8 February 2012

PENIPUAN.PALSU.

Salam semua. Aril ada nak buat satu announcement kat sini pasal FAKE fan page Aril yang berleluasa kat Facebook skang ni ek.. bukan satu tapi lebih dari satu account PALSU yang telah menggunakan nama ARIL!





Untuk makluman semua Aril Lovers, hanya dua account di atas sahaja milik Aril..lain daripada ini adalah PALSU! jangan terpedaya okay? sila UNLIKE @ UNFRIEND 

Tindakan akan di ambil pada tuan empunya diri yang menipu dan menyamar sebagai Aril AF7/Khairil Azam.


Aril Kuatkan Semangat Terima Pemergian Izwan Pilus.

by Farahanim Rahim   
Foto oleh Hazieq SanatFoto oleh Hazieq Sanat

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Baik keluarga, mahupun sahabat handai serta para peminat turut sama merasa kehilangan penyanyi -pengacara, Izwan Pilus. Malah insan yang paling sedih adalah adiknya, penyanyi, Aril (AF7). Meneruskan hidup tanpa abang  yang sekaligus dianggap sebagai idola, hanya Tuhan yang tahu bertapa laranya jiwa jejaka berusia 27 tahun ini.

Tanggal 20 Januari  lalu, persada  hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar pemergian penyanyi-pengacara, Izwan Pilus, ke Rahmatullah  akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Sehingga kini, penyanyi  yang popular menerusi lagu Menatap Matamu itu memberitahu dia masih dalam keadaan tercari-cari haluan dan semangat untuk meneruskan hidup setelah kepermergiaan insan yang paling rapat dalam hidupnya.

Tidak dinafikan, tanggunggjawabnya besar yang dipikulnya kini sikit sebanyak memberi tekanan kepadanya. Pun begitu, dia tidak mahu terus melayan perasaan kerana sedar kalau ia berterusan, akan memberi kesan buruk pada dirinya.

“Dah 19 hari arwah pergi. Macam nilah saya. Sekarang saya dah jadi anak lelaki tunggal dalam keluarga. Mahu tak mahu, saya perlu teruskan hidup. Kalau saya terus bersedih, apatah lagi ibu bapa saya, mereka pasti lagi sedih”, kata Aril ketika di temui  di Hotel Hilton malam tadi. Dari apa yang di perhatikan, tenyata Aril  sedaya upaya menyembunyikan kesedihnya malah tubuhnya kelihatan susut.

“Beza umur kami enam tahun dan sebetulnya  sejak tujuh, lapan tahun ni kami baru betul-betul rapat.  Tambahan di Kuala lumpur ni kami tinggal bersama. Kalau dulu, misalnya dia outstation, saya tahu dua tiga hari lepas tu dia akan balik. Tapi sekarang… “,

“ Arwah seorang yang suka menyakat (bergurau). Kalau kat rumah tu memang saya selalu jadi mangsa dia. Tapi sekarang dah takder lagi orang nak sakat saya. Takder lagi orang nak kejutkan saya. Takder lagi orang nyanyi dalam bilik air. Takder lagi orang nak lipatkan baju saya. Takder lagi orang nak masak”,

Tambah Aril, dia bukan tidak menerima ketentuan Allah. Cuma buat masa ini dia masih lagi berat untuk menerima hakikat. Namun dia terpaksa memendam kesedihan itu kerana tidak tahu dengan siapa dia mahu berkongsi akan kenangan-kenangannya bersama arwah.
“Saya masih berat nak saya terima semua ini. Tapi saya tahu dia dah takder. Cuma yang penting sekarang, selain menyelesaikan beberapa perkara yang ditinggalkan arwah, saya juga sedang memikirkan apa yang perlu saya buat untuk masa depan saya”,

“Saya tak tahu nak kongsi perasaan sedih dan cerita dengan siapa tentang abang saya. Sebab, kawan-kawan yang rapat dengan arwah pun, mereka tentunya ada cerita dan kenangan masing-masing dengan arwah. Begitu juga dengan saya. Bila rasa sunyi tu, saya ada ajak kawan-kawan saya datang rumah

Jadi bila datang rasa rindu saya pada dia, apa yang saya buat, saya akan dengar lagu dia dan saya akan nyanyi . Saya cuba ingat semula habit dia, perangai dia, dengan cara itu saya pujuk hati saya. Dan kalau sunyi, saya ada juga ajak kawan-kawan saya datang rumah”, ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan mereka berdua sepatutnya mahu merakamkan lagu duet.  Jelas Aril, dia tetap mahu meneruskan niat arwah abangnya itu.

“Semasa hayatnya, arwah ada suruh saya buat lagu. Kami rancang nak berduet dan idea tu pun datangnya atas permintaan para peminat. Meskipun dia sudah tiada, lambat atau cepat, saya sendiri tetap akan rakamkan lagu tersebut. Buat masa ini, hanya melodinya saja yang baru siap. Lagu tu, more to Brit-Pop”, katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, selain bakal merakamkan lagu kolaborasinya bersama penyanyi, Altimet, Aril bakal sibuk dengan beberapa projek yang akan diatur oleh pihak pengurusannya iaitu Astro.

- mD



Pemergian Abang...

Assalamualaikum semua..Jujurnya aril minta maaf skali lagi sbb aril tak update blog ni..bnyk yg aril tempuhi dan salah satunya seperti yg semua sedia maklum tentang pemergian arwah abang wan (izwan pilus) pulang ke rahmatullah pada 20/jan/2012.


terima kasih pada yang prihatin.hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa anda semua.





AL-FATIHAH

Saturday 14 January 2012

Belajar Update Blog

Assalam..
Hai semua yg baca blog aril tq so much honestly speaking aril serious tak pandai nak edit2 page blog ni bg cantik, actually belum rajin nak belek2 (-.-) nak kasik hensom page ni..but its ok one day i will! Promise! :D aril suke blogserius.blogspot.com tabik spring kat abg obefiend! Page blog die hensom mcm die jugak! Walaupun aril tak penah jumpe die but i know die hensom bukan pada wajah tp pada akal dan minda die..SUPER-B!!

Ok2 enough talking about org yg kite kagum or suke cuz diorg mmg talented and hebat. Story about me yg tak berapa nak hebat ni..hermm..

Start hari jumaat aritu suddenly bangon dari tidur kepala jadi blur, lemau to do everything and anything tapi otak ni memikirkan 'apa akan jadi pada aku esok lusa dan seterusnya?' seriously that friday mmg lemah longlai and lembab mcm kuih badak berendam..arrghhh!! Damn!

Duduk dan termenung fikir.. Kalau soal hati ni tak payah ckp la, mmg kalau terdetik skit mule la pk pasal cinta. Mcm poyo la tp nak buat mcm mane realitinya semua org pon akan fikir soal tu, cuma im stupid about cinta. Hermmm.. Nak express feeling kat sini sure tak bole takut ade pihak yg terasa..so simpan dalam ati. Sometimes org tanye "best ke dgn life skg?" hermm..tak tau nak jawab mcm mane, cuz ade baik buruknye, yg perlu diorg tahu adalah kegembiraan. Mostly people tanak tau sgt about sedih2 ni, sape la aku ni nak share cite sedih? Eeeuuhhh!! Boring la ajam aku bc blog ko ni!!! Hahhaa..bia kan je..

The true is i just miss my past, rindu dgn life dulu, kawan2 dulu, kerja2 yg dibuat dulu, walaupun tak lah besar rezeki waktu tu tp moment2 tu susah nak dpt balik..and yg paling rindu skali adalah .............. Hewhewhew~

Hermm.. Whatever happened i have to make a new start, tahun baru, rezeki baru, hidup baru, pandangan baru, rambut baru janggut baru, boxer baru..hhahahaaa da start merepek..haha! Korg pon dah menguap2 dah tu..tak tau la ape yg aril merepek ni.. Biase la, nak happykan hidup walaupun sedih, nak gembirakan diri walaupun duka.

But alhamdulillah sabtu die ok skit la, tu yg layan GLEE season 2 sampai abis lek je ngan tak mandi (-.-) huhuu..then after layan GLEE keluat mencari makanan then ke rasta TTDI, makan sampai puas! :D then balik blajar main tulis2 kat blog ni, but still tak boleh nak bebas nak share dgn korg about what i feel sebab nanti banyak bende tak best jd, kalau aril blogger bebas, selambe badak dah! Mane yg faham tu faham je la..tak faham tu try to figure it out ok..kalau malas tak payah lah :p

Owh sebelum ucap Wassalam, layan je gambar2 ni..ok

Wassalam

Friday 13 January 2012

Hello Saturday!


Assalam, selamat pagi, now aril sedang melepaking kong king kat sec7 hailam kopitiam, shah alam. 1st time dtg sini, ramai abg2 motot becau yg menggelarkan diri diorg geng 'Gagak Hitam' hahaha...

Style2!!
Suddenly i miss moment2 masa kecik2 dulu..mcm gambar tu lah, malangnye that time tak ingat langsong, maklum la mane ade akal lg time tu. Serious dowh! Mase kecik tak la capang sangat! Hahaha! Tp da besa ni nampak terjuntai je telinge. Masyarakat cina percaya telinga capang ni bawak tuah..mane la tau betul en en en..alhamdulillah kan je..ok babye!!!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews