Thursday 16 February 2012

mana ade nak tunang... (Artikel dari ohbulan.com)

Kerana hendak bergurau, habis salah faham semua orang. Itulah yang berlaku pada Aril Pilus.
Khamis lepas, Aril yang sengaja memuat-naik sekeping gambar dia sedang memilih cincin telah menimbulkan spekulasi bahawa dia sudah merancang untuk bertunang. Namun kenyataannya di sebuah akhbar online tempatan,mStar, telah menjawab segala persoalan yang timbul dan mematikan spekulasi yang mengundang.
Dalam kenyataannya baru-baru ini, Aril menafikan bahawa dia membeli cincin itu, sebaliknya hanya sekadar dilihat untuk dibelikan buat ibunya.
“Memang saya ada menyimpan niat dan hasrat untuk bertunang tetapi bukan sekarang. Ia adalah dakwaan mengarut dan tidak berlaku pun. Saya hanya melihat cincin tersebut di kedai dan mempertimbangkan untuk membelinya sebagai simpanan bagi kegunaan pada masa akan datang.” dipetik dari mStar
Aril turut menafikan bahawa dia sudah mempunyai calon tunang dan memberitahu bahawa dia masih lagi tiada kekasih buat masa ini.
“Itu tidak bermakna saya hendak bertunang. Bagaimana pula saya hendak bertunang sebab tiada calon kekasih buat masa ini.”
Menjawab segala isu yang bermain di media dan peminat, Aril menyatakan rasa kesalnya yang sebenarnya hanya ingin bergurau bersama rakannya dengan memuat-naik gambar tersebut.
“Saya akui ini kesilapan paling dangkal yang saya pernah buat. Walhal, tujuan saya dan seorang kawan merakamkan gambar itu adalah untuk suka-suka sebagai simpanan saja. Tak sangka pula ia tersebar dan mencetuskan spekulasi begini. Jenuh juga saya hendak menjelaskan perkara sebenar. Saya harap semua pihak faham dengan penjelasan ini.” dipetik dari mStar
Jadi selepas ini, tiada lagi spekulasi mengenai isu Aril hendak bertunang. Namun jika benar, apa salahnya selepas ini Aril berkongsi dengan kita kan? Benda baik harus dikongsi-kongsi.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews